Percintaan dua darjat dari logik dan akal normal

Baca tajuk di atas mungkin anda merasakan ini adalah satu konspirasi untuk menolak percintaan antara orang kaya dan orang2 kurang kaya. dan memang benar. cuma sedalam mana ia berkaitan dengan hidup anda, itu tidak dapat dikaitkan langsung dengan apa yang cuba hendak aku sampaikan ini.

berpengalaman? atau sedang mengalami? cuba simpankan dalam2 dan jangan cuba serabutkan hidup anda dengan entri ini.

logik akal manusia normal hanya dapat menerima, menolak atau meletakkannya dipaksi kurang pasti sahaja. tapi bolehkah satu keadaan itu ditentukan dengan sebab "entah"?.
boleh, jika anda meletakkan diri anda di status kurang normal.

logik akal juga menetapkan sebab untuk semua perkara diatas.

sebab pertama; akal normal menerima hanya persamaan, iaitu "equality". contoh 2+2=4. dalam kontradiksinya 2+2=5, ditolak mentah2 walaupun yang mengatakan graduate dari MIT.

jadi, jika percintaan itu tidak sama darjatnya, maka akan berlaku percanggahan atau konflik.perlukah konflik itu? jawapannya perlu, untuk menjadikan konflik itu sebagai asbab kepada kontra itu. jadi, mampukah anda melenyapkan konflik?

sebab kedua; logik mengatakan, kelancaran satu aliran bergantung kepada jumlah dan saiz halangan atau sekatan. jika dua darjat disatukan, konflik terjadi, masalah berlarutan maka ia akan mencipta ketidakberkesanan. "effect-less". persoalannya, setakat mana ketidakberkesanan itu memberi kesan dalam satu hubungan itu.

sebab ketiga; dikutkan dari peredaran masa dan teknologi, jika tinggi satu darjat seorang itu, maka tinggilah kehendaknya dan keinginannya. Apa perlu memikirkan ini? Perlu. Jika diberi masalah, x dan y tidak mempunyai suhu didih yang sama, jika dicampurkan, dapatkah ia mendidih serentak. pasti akan wujud satu dinding yang memisahkan kredibiliti x dan y. Tidak begitu?

3 sebab ini, walau difahami dengan mendalam, tidak akan ada penyelasainnya. Tapi, hati manusia diciptakan dari campuran pelbagai 'raw material'. yang membolehkan ia bertindak seperti aloy. Ringan, tapi lebih kuat dari besi. Jika diberi suntikan satu bahan yang lain, maka akan berubahlah sifat dan ciri-cirinya.

Maka, persiapkanlah diri untuk menerima, walaupun memberi itu lebih baik dari menerima, tapi hakikat menerima itu lebih mulia dari memberi tapi disebaliknya, masih meragui pemberian itu.

Sekian.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION