Sudah habis: Ketupat Cinta



baru jer menghabiskan karya terbaru Faisal Tehrani nih. agak lama juga untuk mengkhatamakan novel nih. mungkin sebab bahasanya yang klasik, memerlukan sedikit masa untuk menafsirkan maksud tersirat dan tersurat tulisan FT. Novel ni, mmg lain dari yang lain. tu pasal ak wat review di sini. boleh di kategorikan sebagai non-typical malay novel. mungkin ini yang selalu dibawakan FT dalam setiap novelnya seperti Manikam Kalbu dan lain2. tetapi Ketupat Cinta ini dihalusi lagi dengan penghayatan siasah sekarang, caca marba politikus malaysia. mungkin agak sinis, FT menggarap segala watak dan suasana yang ada dlm novel tersebut, namun setiap plot diteliti dengan baik sekali diselang-selikan dgn unsur humor dalam hiburan seperti lagu2 melayu dan realiti tv.

thumbs up to Ketupat Cinta, walaupun gaya bahasanya adalah klasik, tapi kt belakang buku tu ader glosari dan ayat2 dalam novel ni mudah difahami.

watak-watak dalam novel ni saling berkait mesra mewakili setiap badan dalam politikus dan juga mencerminkan individu tertentu walaupun tidak seratus peratus sama. juga diselitkan hadis2 dan ayat quran yang menjurus ke arah kepimpinan dan maslahah dalam siasah sesebuah negara. adalah juga novel ini bukan ssahaja bacaan ringan semata- mata, boleh ak anggapkan sebagai satu novel ilmiah siasah dan kepimpinan. harus dibaca semua orang.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION