Wahai kamu!!

setelah beberapa kali terserempak dengan artikel "aku anti-wedding photographer", seperti ini, yang dilink kan oleh ramai mereka yang sependapat mahupun tak sependapat dengannya....ak pun tekad untuk menulis entri ini, yang memang mengecam orang2 seperti anak menteri, anak ceo. or anak tokey minyak wangi, dan seperti anak yusuf haslam.

wahai kamu, anak orang kaya. sedar tak hidup kami amat bahagia? dilimpahi rezeki hingga hujung dunia, kalau dimakan anai2 pun,tak kan habis nasi utk sepurnama, kalau disedekah ke semua anak yatim sedunia pun tidak habis berjuta-juta. tapi untuk apa ak meluahkan rasa-rasa kurang enak ak ni? dengki kah? cemburu kah? tidak...tidak...

ak tidak membenci kamu whai anak orang kaya, cuma meluat. Bukan semua, hanya yang perangai sedikit kekwat. atau pun yang macam Q@#$@at.klu bleh, ak nak bantai sampai lumat, biar diorg tahu, macam mana rasa benci tahap lahanat. agh. tak leh tulis dah. meruap2 dendam kesumat.

kamu anak orang kaya, semua benda pucuk dicita, ulam datang selamba, boleh miliki apa saja yang kamu suka...maruah? rumah agam tersergam indah? atau kereta2 mewah? rasuah? atau anak luar nikah? semua hanya boleh dibeli dengan mudah. bukannya susah, leretkan sahaja kad2 berwarna biru, putih merah...tak main duit2 keping2 warna merah....

kalau kamu bawak kereta2 mewah kamu itu, kamulah no satu, kamulah yang punya jalan2 itu, tidak pernah bersegan silu, memberi jalan kepada proton saga biru atau honda ex5 kelabu, boleh sahaja mencelah melulu, tak kisah orang2 yang lama menunggu, kalau traffic light hijau tu ganti warna biru, sudah tentu kamu yang pergi dulu....hormatlah sikit pemberian mak bapak lu. tak heran lah kalau bawak impreza watna biru, tapi harap mak bapak jer nak sumbat minyak tiap2 minggu..ppoooodah.

jangan pandang rendah kaum-kaum tak punya mak bapak kaya, tapi hati tetap mulia... kerja berat disiap bersama, kerja ringan disiapkan selagi bernyawa, tidak heran pada yang menghina, janji pekerti sentiasa dijaga. tapi kalau kamu anak orang kaya, sanggup kerja dengan orang sederhana, kenduri sama-sama, lepak mamak sama-sama, sedekah juta2, kereta mewah pemanduan sederhana, hormat orang tua, ak respect tahap juara, tapi kalau perangai durjana, tak main salam2, terus bagi buku lima.

kamu, kamu dan kamu!! kalau kamu ada mak bapak kaya, jgn igt dunia ini semua kamu yang punya, kena ingat kat dunia ader 3 macam manusia kaya. manusia kaya tapi hina, manusia kaya tapi mulia, dan manusia kaya, tapi sederhana. terpulanglah kamu nak jadi manusia kaya yang macam mana. kamu menjadi contoh ikutan dunia, kerana kamu mempunyai semua. oleh itu kamu kenalah sentiasa memerhati manusia2 yang sederhana, macam mana mereka berusaha nak berjaya, macam mana mereka adapt dalam satu suasana, macam mana mereka cari rakan2 untuk bersuka-suka. barulah semua orang suka. barulah semua orang respect orang kaya. tak macam yang mcam selalu. aku tak suka benci2 orang nih.sekian.

ni ak baru membazir nih.



marc by marc jacobs sunglasses.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION