promosi tengah pagi

pernahkah anda berjaga hingga lewat malam sehingga pukul 4 pagi atau tidak tidur langsung sehingga esok paginya? perasankah anda pada penghujung jam 3 pagi, otak2 anda semakin ligat berfikir, berpuitis, dan memaksa anda untuk terus berjaga sehingga azan subuh.

jika pernah, ketahuilah bahawa di sepertiga malam itu, malaikat bertebaran mencari hambaNya yang masih setia berzikir, bertawajjuh dan bertafakur seikhlas hati, tatkala manusia lain lena diulit mimpi....sebahagiannya dipilih Allah untuk bermunajat.....

tertitis nya air mata, bergegar seluruh alam memohon keampunan bagi mereka yang menangis mengimbau dosa2 lalu. embun2 menjadi kaku, daun2 liuk melambai sambil bersama momohon selimpah rahmat dari Allah.

itulah kisah disepertiga malam, yang hanya mampu diperikan, namun amat susah untuk diamalkan, pohonlah semoga Ramadhan akan datang, dipertemukan kita dengan Lailatul-Qadr, semoga amal yang sedikit ini dapat ditampung dengan ganjaran seribu malam. amiiiinnn.



POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION