cerita cinta en potter dan cerita hati en omar

semalam telah tertunai hajat di times square berbekalkan kesejukan dan popcorn medium set. pertemuan yang telah dirancang sejak sebulan sebelum masa yang dijanjikan, namun apakan daya, terlalu sibuk memajukan negara. jadi terciptalah hari yang semalam itu. jam 8.30 telah memulakan pengembaraan bersama mr potter dan rakan2. tidak sangka malam yang indah rupanya hanyalah cerita cinta dalam khayalan sang penulis. cerita cinta mr potter dan rakan. hampa. gambaran pengembaraan penuh cabaran hanyalah hiasan. halwa mata tatkala meniti setiap tulisan.

ternanti dimanakah gah hebatnya en potter. rupanya hanya kisah cinta agung sahaja. hilang rakan,hilang teman.

en hagrid yang terasa gentar bila saja bertentang mata umpama kerdil dalam seven dwarfs.

prof. dumbledore tertipu dengan palsu nyer hocrux. voldermort masih menjadi misteri. untuk diungkap tanggapan sendiri...

disebalik maksiat dunia di dlam bilik gelap, hati en omar tidak keruan. berfikir kenapa tikah manusia sering di kritik. di pandang serong. sentiasa salah dan dipersalahkan. mungkin kerana jika manusia itu hebat dipandang, kredibiliti tahap dewa tertinggi mutiara naga. bila tersilap, umpama terlangkah ke jurang paling dalam sedalam jurang mariana.

lagi2 bila didatangkan dengan mulut juruhebah yg luas macam tempayan. luasnya boleh dimuat dua lori angkut pasir. lagi luas bila digabung dengan batu2 yang di bawahnya api. tapi tak sepanas si batu dibawa oleh ababil, cukuplah untuk meniup2 api di neraka.mungkin sehebat api si 'jugler'. ternganga bila menonton, tapi panas bila terpercik.

hanya untuk abstrak minda shaja boleh menerima cerita hati ini.



*gambar diatas untuk memenuhi kehendak world potraits day. 31.07-02.08
*lagi 20 hari utk jadi lebih sempurna.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION