the benefician. designer berilmu.



melihat kepada entri sebelum ini, tentang al-ilm, (knowledge), disertakan contoh2 dan pengulasan ringkas ttg ilmu itu sendiri. sekadar berkongsi bersama, mgkin anda semua lebih alim tentang perkara ini.

seseorang itu mungkin doktor, jurutera, ahli fizik, ahli falaq, yang dimana aplikasi pengetahuan itu sememangnya sedia maklum dn dapat dibezakan. tapi untuk arkitek, 'designer' dan jurusan seni yang lain, bagaimana?

thnks bro Adlan for remindin me. i am readin a book entitle the Classification of Knowledge by Osman Bakar. after finishing my assignment about al-ilm. the book is all about how the knowledge is been classified by al-farabi, imam al-Gahazali, and Qutb al-Din al-Shairazi.

didalam buku tersebut telah diulas degang panjan lebar tentang pengkelasan ilmu dan cabang2nya. jadi dimana letaknya asas kepengetahuan dalam seni? mungkin ramai menganggap bahwa dengan gahnya satu hasil seni itu, maka terus dilabel artisan itu seorang yg berilmu, sebenarnya. tidak. artisan itu hanya kreatif. mgkin juga melihat kepada bangunan2 yang tinggi, semua kagum dan teruja. dan melabel arkiteknya seorang genius. sebenarnya tidak. juga melihat kepada perabut2 empuk dan selesa (tapi mahal), lalu mengatakan perekanya seorang yang berilmu.sebenarnya. tidak. hanya kreatif. atau mungkin sedikit gila.

aplikasi ilmu pada seni itu terletak sejauh mana ia memberi impak dan manfaat pada penggunanya. ia juga dinilai dari sudut kepelbagaian di mana dari segala aspek menepati nilai2 dan kehendak seorang manusia. contoh, sebuah rumah bessr, ader kolam renang, ader gym dan segala2nya ader. namun didalamnya, tandas2 tidak mempunyai pintu. adapun seorang manusia itu mahukan privasi. ader sifat malu. walaupun reka bentuk rumah itu dan susun aturnya sempurna tapi tidak memnuhi nilai2 dan kehendak seorang manusia, 'human needs.'juga memenuhi syariat islam. kerana islam itu syumul, jika dipenuhi syariatnya, maka sempurnalah untuk segala kaum. tidak dikira bangsa dan warna kulit.

melihat dari perspektif seorang muslim, ader sesetengah berpendapat seperti ini adalah seperti menyekat kebebesan dalam berseni seperti yang selalu diutarakan oleh para artisan dan arkitek mahupun designer. dikatakan, terlalu islamik. kolot. pada hakikatnya, ia bukan kolot, bukan terlalu islamik tapi menerapkan aplikasi ilmu itu pada setiap aspek. bukan sahaja pada kedoktoran dan profesianalis yang lain.

melihat arkitek, zaha hadid. hasil reka bentuknya adalah pelik dan mengagumkan. tapi pada hakikatnya kosong. melainkan sesetengah ideanya, masjid didalam pusat membeli belah seperti kuwait (avenues mall) dan dubai (mall of the emirates)


tidak lupa juga kepada pengubahsuaian Makkah al Mukarramah dimana arkiteknya terdiri daripada beberapa orang yang bukan islam spt norman foster. ramai yang membantah. tapi mereka dijemput oleh King Abdullah bin Abdul Aziz, (dan dipantau oleh beberapa ulama' dan arkitek muslim) dapat dilihat pemilihan itu memang menepati ciri yang dikehendaki. berilmu. bahkan orang islam sendiri tidak mampu memahami aplikasi ilmu itu seperti mereka ini. walaupun mereka bukan islam, namun pemahaman terhadap ilmu senibina itu merangkumi semua aspek yang saya sebutkan diatas.





*avenues mall of kuwait

kepada designer pula, adakah produk yang dihasilkan itu memenuhi ciri2 seperti di atas. adakah diciptakan kerusi itu untuk bermalas-malasan. atau diciptakan meja itu untuk menyerupai patung berhala? bergantung kepada reka bentuk sahaja tidak melambangkan hasil ciptaan itu sempurna dan artisitik. paling penting ialah dimana pereka itu meletakkan aplikasi ilmunya dalam sesuatu ciptaannya. mungkin pada kesesuaian pengguna, kesesuaian tempat dan sbg.

dalam ilmu itu ada cabangnya. ilmu yang dituntut dan ilmu yang dilarang. berdoalah agar ilmu yang diperoleh itu diberkati dan dimanfaat dan berdoalah agar ilmu yang dilarang itu menjadi panduan kepada kita untuk memperbetulkannya. jadilah seorang muslim bukan pada sifatnya dan keterampilannya, tapi jadilah seorang muslim yang berfikir dan bertindak mengikut akal, berpantang mengikut nafsu, bertafakkur mengikut hati.

*renung2kan dan selamat beramal. selamat subuh.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION