ketulusan hati, kutuliskan disini

lewat semalam pulang rumah dari urbanscape. habis duit 25 ringget.

lihat ramai orang mabuk. malang pesta kemaruk, sampai ke malam semua dah haruk pikuk. tak igt jalan mana yang lekuk, habis kereta kena ketuk.esok di hospital terbatuk2.

semangat malaysia itu semua boleh, selagi boleh londeh, tak sempat nak toleh2. abis diondeh-ondeh, gadis molek abis meleleh. mak bapak penat gi menoreh, balik masak nasi terhegeh-hegeh, tapi anak di bandar dah jadi penagih. tak ke rasa sedih.

rezeki melimpah tidak dizakat, takut nanti nasi tak cukup utk disukat. tapi kat akhirat beratkah pahala di takat? sedang orang kebanyakan hidup melarat. menteri, bentara punya emas berkarat-karat, punya isteri gelang melarat, punya anak? semua keparat.

berkat nasi di gaji halal, selalu dipesan tuan haji jalal. anak cucu nanti tidak menjadi dajal. jadilah mereka hamba beramal, bertindak mengikut akal. otak tidak pula bebal.

orang menuai kita menilik, bukan tilik sebarang tilik, supaya kita tak tersalah didik. jadilah seperti si ibu itik, biar jalan terkedek-kedek, namun anaknya semua terdidik. biar di sungai atau di tasik, asal petang semua balik.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION