Hanya ilusi....


Awan itu memandang,
Masih,
Walaupun aku masih,
terkulai,
Dipapah dipimpin,
Masih.

Kata orang tua,
Tidak semua kita makan nasi,
Tidak semua kita kunyah sirih,
Tidak semua kita jumpa bomoh,
Tapi semua kita masih,
Terkulai,
Dipapah dipimpin,
Masih.

Ramai orang dilahirkan,
Untuk duduk di tepian sungai,
Untuk menari,
Untuk berenang,
Untuk mengumpul setem,
Untuk menacarik bulu ayam,
Untuk menjadi ibu,
Untuk memimpin,
Tapi tidak semua dilahirkan,
untuk hidup,

Adakah kita ditentukan untuk begini,
Atau sememangnya kita begini,
Melangut diberanda,
Adakah ianya sedia tertulis,
bahawa kita masih,
terkulai.
Masih.

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION