Apakah?


a conversation with omar..

bot: adakah anda mempunyai blog?
omar: what kind of question is this?

bot: apakah anda suka akan kehidupan anda sekarang?
omar: sebahagian sahaja.

bot: apakah yang membuatkan anda bahagia?
omar: kehidupan saya sekarang.~sigh....

bot: jika ditanya blog anda tentang apa, apakah jawapannya?
omar: saya akan menjawab saya tiada blog. hihi

bot: jika mereka mengetahui garbagefunstuff.info adalah blog anda?
omar: saya akan menjawab, bukan untuk kamu baca...hahaaha(gila)

bot: abihtu, blog anda ini utk apa?
omar: saya hanya mengikut trend. (enough said)

bot: dalam kebanyakan aktiviti seharian, apakah yang anda rasakan paling seronok?
omar: mandi.

bot: kenapa?
omar: rasa segar dan bersih.

bot: jika anda diberi laici atau coke, manakah yang menjadi pilihan?
omar: coke laici. cbe try. sedap. hannya rm3 di highway.

bot: pada pandangan anda, siapakah mereka yang berjaya?
omar: yg pandai cakap, hensem, cantik, ayu dan lembut (oh tak lupa juga mereka yang angkuh)

bot: kenapa?
omar: pada pandangan saya shja, kerana mereka mmg selalu berjaya.

bot: kamu mempunyai teman wanita istimewa?
omar: tidak, tapi saya selalu ditemani wanita yang istimewa. (bukan kanak2 istimewa)..muahahah

bot: kemanakah kamu akan pergi jika kebosanan?
omar: katil.tidur.

bot: org mengatakan kamu mempunyai segalanya, ada komputer dansambungan internet, kamera mahal, skil yg mantap, kehidupan bahagia, duit yg tak penah habis, dan macam2 lagi. adakah ia benar?
omar: tidak, saya tidak mempunyai iphone, ipod dan mac.

bot: apakah hobi anda?
omar: membaca dan melukis dan menconteng. (ini hanya ditulis didalam 'biodata' masa sekolah rendah).budak pompuan suka buat bender nih.

bot: sekarang merupakan zaman kamera dslr (trend), jadi anda juga mempunyai dslr, adakah anda mangsa trend zaman skarang?
omar: ya.tepat sekali.

bot: mengapa anda berkata sedemikian?
omar: kerana saya membeli kamera itu dizaman org mampu membelinya.

bot: apakah komen anda mengenai situasi ini(dslr maniac).
omar: jika anda kaya, dan anda mempunyai dslr kamera, itu ikut trend.(mgkin sebahagian adalah minat). tapi jika anda tidak kaya, itu tandanya anda minat...dan kalau anda join photoskool dan menulis, photography is my passionate- itu tandanya anda menipu. dan jika anda join photomalaysia hanya untuk sebulan, dan menjual segala peralatan kamera anda dgn reason, mau melabur perniagaan yg lebih lumayan- itu tandanya anda mengikut trend... jika anda baru bli kamera nikon d40, kemudian merungut2 kamera itu adalah terlalu kurang function, maknanya anda mengikut trend.~panjang sgt laa... kesimpulannya saya juga mengikut trend..haha

bot: anda juga berkecimpung dgn lomography, adakah ini juga trend.
omar: ya. ini juga trend.

bot: apakah faedahnya jika mengikut trend?
omar: anda akan kelihata kool dan bergaya, disamping dilihat sebagai orang seni.

bot: bagaimanakah utk membezakan trend dan minat?
omar: jika anda minat, maka anda tidak akan mengikut trend.

bot: kenapa perkara trend ini selalu wujud dikalangan orang 'kita'.
omar: kerana orang 'kita' punya cogan kata..."kalau mereka boleh, kenapa aku tak boleh..."..kan malaysia bolehhh...

bot: saya rasa sudah cukup lama perbualan ini? jadi apakah nasihat anda kepada semua pembaca blog anda?
omar: hentikanlah penulisan blog anda, kerana saya tak larat nak baca dan komen blog anda.

bot: adakah anda rasa pembaca akan menghentikan penulisan mereka?
omar: tidak, kerana ini adalah trend, dan trend ini masih segar. mungkin dlm 4-5 tahun akan datang.

bot: oklah omar, saya hendak menemuramah blogger lain pulak.
omar: klu org itu menggunakan wordpress, anda patut menggelar mereka wordpresser. kerana blogger hanya utk pengguna blogspot sahaja.sekian.

bot: jumper lagi.
omar: aku akan clearkan cache dan cookies aku.kamu tidak akan jumpa aku lagi.

*avg detected a virus called bot. unhealed virus removed. the effect may take after you restart your computer. restart now?

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION