Penat...

huh..baru menghabiskan satu novel yg tebal diberi tajuk Salina karangan A. Samad Said. Novel tu dicetak khas oleh DBP untuk menghargai penulisan yang terpilih dari penerbitan tahun 1925 hingga 1996. Novel2 ini menggambarkan pencapaian penagarang Malaysia dalam genre novel sepanjang abad 20.
banyak lagi nak cerita tapi penat laa nak tulis kat blog ni...nnt leh cari kat DBP. buku ini pn dipinjam dari libarary. klu beli mau ratusan ringgit.heheh..
novel yang asalnya bertajuk Gerhana tapi dialih tajuk oleh pengarang supaya tidak terlalu abstrak mengisahkan tentang kehidupan, cabaran dan ketabahan yang dialami sekumpulan masyarakat selepas perang dunia kedua..sob2..
membawakan wanita sebagai watak utama merupakan satu kelainan yg ditonjolkan oleh A Samad Said...walaupun nama kampungnya agak pelik, 'kg kambing' tapi cukup menggambarkan betapa susahnya hidup disitu. kisah mengenai siti salina yg bekerja sebagai pelacur (uhh..) demi untuk menyara dirinya dan kekasihnya Fakar yang merupakan bekas kelasi dan masih menganggur sehinggalah salina 'membelanya'. Kedatangang sebuah keluarga, Hilmy dan ibunya diterima baik oleh penduduk di kg kambing terutamnya Siti Salina.masalah sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tiri dan 3 anaknya menjadikan plot novel ini menarik.nahidah merupakan salah seorang daripadanya terpaksa menjadi pelayan kerana keadaan memaksanya telah jatuh cinta dengan hilmy tanpa pengetahuan sesiapa..manakala abd fakar pula tertarik pd nahidah dan menodainya menambahkan derita yg ditanggung nahidah. tambah dramatik apabila abg kesayangan nahidah, mansor meniggalkannya utk menjadi askar...novel ini digarap dengan baik dan penuh dan menyentuh perasaan pembacanya...
hmm itulah sedikit sebanyak dapat dicoretkan disini...membaca novel ini sering dipandang serong oleh masyarakat kerana kebanyakannya hanya menceritakan mengenai cinta..terpulanglah pada isi kandungan novel tersebut..ada banyak novel yang mengisahkan realiti,perjuangan dan sikap manusia disebalik jalan ceritanya. pilihlah novel yang bermutu dan mampu memberikan kesan yg positif kpada diri anda...
akhir sekali, sematlah minat membaca dalam diri anda..dan sokonglah karya2 tempatan yang semakin tidak mendpat tempat dihati rakyat(hmmm).. ye laaa... asyik baca novel omputih jer. tak diakui bahasa inggeris tu penting tapi jangan sampai bahasa melayu dipinggirkan sehingga 'dipasarkan' di majlis rasmi...(contohilah jepun yg setia menggunakan bahasa jepun) DASAR PANDANG KE TIMUR..
Sekian.
Technology:Art:Music:Sports:Business=MindaIDEA

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION