Cepat sebelum terlambat

Teater muzikal P. Ramlee disambung esok

KUALA LUMPUR Pementasan teater P. Ramlee the Musical (PRM) terbitan syarikat produksi Enfiniti Productions Sdn. Bhd., yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehari lagi.PRM yang dipentaskan kali kedua dilanjutkan pementasannya sehingga esok atas inisiatif syarikat telekomunikasi Celcom menyokong bidang kesenian tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, keputusan menambah satu lagi pementasan PRM dibuat kerana syarikat telekomunikasi itu mengagumi pementasan muzikal mega berkenaan.

"Usaha ini ialah komitmen kami untuk menyokong para karyawan seni tanah air yang begitu komited menghasilkan karya-karya berkualiti," katanya pada sidang media mengumumkan lanjutan tarikh pementasan PRM di Istana Budaya di sini semalam.

Hadir sama penerbit PRM, Datin Seri Tiara Jacquelina serta pelakon-pelakon utama PRM.

Pada masa yang sama, Shazalli turut mengumumkan, Celcom menawarkan potongan 30 peratus atas pembelian tiket-tiket kepada para pelanggannya untuk pementasan terakhir PRM itu.

Sementara itu, Tiara berkata, komitmen seperti yang ditunjukkan oleh syarikat korporat seperti Celcom akan membantu pertumbuhan industri hiburan tanah air.

Menurut Tiara, syarikat produksinya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek kualiti dalam setiap karya-karya yang diterbitkan.

p/s:kena tengok esok nih...
sumber utusan malaysia
Technology:Art:Music:Sports:Business=MindaIDEA

POSTED BY omarkhayam
POSTED IN
DISCUSSION